Saturday, November 3, 2018

Senaman Pagi

Program kem kembara iqra mengambil kira perkembangan fizikal anak-anak dalam perencanaan prpgram pendidikan ini.Solat,belajar,makanan dan senaman.. Pihak Midf Property Berhad telah bermurah hati menjadi jurutunjuk dalam senaman robik ini.





Tulisan oleh Abu Luqman
Gambar Jan Kats.
15.12 Sabtu 3.11.2018

Friday, November 2, 2018

Aktiviti Terus Berjalan

Antara aktiviti yang diisi pada malam itu ialah solat berjamaah,memperbetulkan bacaan Al-Quran




Murid-murid solat berjamaah bersama penceramah. Dalam kem ini mereka diwajibkan solat berjamaah.

Ini Nasi Yang Ku Suap

Berhenti sekejap untuk makan malam. Gulai kari ayam yang dimasak oleh Ustaz Saibani (JAKIM) habis licin. Masakan Ustaz  'best' kata anak-anak ini. Malam itu hujan lebat. Kilat sabung-menyabung. Beberapa kali surau menjadi gelap. Bekalan eletrik terputus. Program kem iqra berjalan terus. Malam masih muda.

Oleh Abu Luqman
Gambar Jan Kats

Kem Kembara Iqra Bermula Hari Ini

Kem Kembara Iqra bermula petang ini di surau Kampung Lata Kinjang Chenderiang, Tapah,Perak. Kem ini telah berjaya menarik seramai 110 orang murid-murid orang asli di sekitar daerah Tapah
Program ini dianjurkan bersama oleh PERKAT dan TAUFIK.

Pihak Jabatan Orang Asli memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan program.Menurut Pengerusi PERKAT Sdr.Shafarizal pihak JAKIM dan Pejabat Agama Islam.

Murid-murid sedang mendengar tazkirah yang disampai oleh pelajar sekolah agama rakyat orang asli Tonggang Ulu Kinta,Perak

oleh Abu Luqman
Gambar oleh Shafarizal


Thursday, November 1, 2018

PERKAT Telah Diluluskan Pendaftarannya

Kembara At-Taqwa Solution dahulunya dikenali dengan nama akronimnya sebagai KATS telah diluluskan pendaftarannya dengan nama  PERTUBUHAN KEMBARA AT-TAQWA  PULAU PINANG.

Menurut pengerusinya Sdr. Shafarizan keluluskan pertubuhan ini mengambil masa dalam 2 hari saja.Yuran pendaftaran pertubuhan sebanyak RM30.00 dikenakan.